Cerita Sebalik Berita: Unesco | Khazanah Gua Niah sebagai tapak geowarisan dunia

2022-09-22 0

Jabatan Muzium Sarawak mensasarkan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2024.

Pengarahnya, Tazudin Mohtar berkata ia akan menjadi lokasi kedua tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu yang diisytiharkan pada tahun 2000.